MAKLUMAT KOKURIKULUM

GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM (GKK)

1. Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ianya wajib bagi semua guru dan murid. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum apabila menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah.

2. Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua murid.

3. Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada murid-murid dalam bidang pimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan bagi menampilkan SMPK Vokasional Indahpura sebagai sebuah sekolah yang berwatak.

4. Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.

5. Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.

PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM

1. TEMASYA BALAPAN DAN PADANG / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN

2. KEJOHAHAN BADMINTON / SEKOLAH / DAERAH

3. KEJOHANAN SEPAK TAKRAW / SEKOLAH / DAERAH

4. PERTANDINGAN BOLA JARING / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN

5. PERTANDINGAN PETANQUE / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN

6. PERTANDINGAN KAWAD KAKI / SEKOLAH

7. KURSUS TEN PIN BOLING / SEKOLAH

8. PERTANDINGAN NASYID / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI

9. PROGRAM SEMARAK ISLAM / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI

10. PERTANDINGAN FUTSAL / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN

11. KURSUS 1 MURID ISTIMEWA 1 SUKAN PENDIDIKAN KHAS / SEKOLAH

12. HARI KANTIN / SEKOLAH

13. HARI KEUSAHAWANAN / SEKOLAH / DAERAH

14. PERKHEMAHAN PERDANA / SEKOLAH

15. KLINIK PETANQUE / SEKOLAH

16. PERTANDINGAN KOIR / SEKOLAH / DAERAH

17. PERSEMBAHAN GAMELAN / SEKOLAH / DAERAH / NEGERI

18. PERSEMBAHAN KOIR / SEKOLAH / DAERAH/ NEGERI

19. KLINIK FUTSAL / SEKOLAH

20. KLINIK BOLA JARING / SEKOLAH

21. PROGRAM RIMUP / DAERAH

22. MAJLIS KECEMERLANGAN KOKURIKULUM / SEKOLAH / DAERAH

Sumber : http://www.cikgushahjai.blogspot.com/

Tuesday, September 19, 2023

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSJ 2023

Tarikh   :17 hingga 20 September 2023

Tempat : Padang SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at, Pontian Johor


PONTIAN - Padang SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at, Pontian Johor menjadi saksi Kejuaraan daerah Kulai yang menampilkan perjuangan atlet-atlet pelapis daerah Kulai di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSJ 2023. Seramai 23 orang MBPK dari SMPK Vokasional Indahpura telah terpilih untuk mewakili daerah Kulai ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSJ  bagi tahun 2023. Kejohanan berlangsung selama 4 hari bermula Isnin hingga Khamis. Ia diadakan dengan penuh meriah dengan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan atlet dan jurulatih. Sebanyak 11 pasukan terlibat dalam kejohanan tahunan ini. Daerah Kulai telah berjaya merangkul 29 pingat emas. 17 pingat perak dan 13 pingat gangsa seterusnya telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSJ 2023. Ini merupakan kejuaraan berturut-turut iaitu pada tahun 2022 dan 2023. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan PPD Kulai di atas sokongan padu yang diberikan bagi merealisasikan kejayaan ini. Syabas!